Tuesday, October 30, 2012

Teks Ucapan Konvokesyen Prasekolah Tunas Madani 2012



*sini saye nak sharekan teks yang dibaca masa konvo* 


TEKS PENGACARA MAJLIS KONVOKESYEN PRASEKOLAH TUNAS MADANI 2012

Mengumumkan ketibaan Encik Kamarudin Bin Hashim, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan.
Hadirin dan hadirat semua dijemput duduk.
BismilLahir Rahmanir Rahim . Assalamu `Alaikum W.B.T dan salam satu Malaysia.
Yang Berbahagia Encik Kamarudin  Bin Hashim. Pengarah IPG KSM
Yang Berusaha Puan Hajah Sakinah Binti Ismail,Timbalan Pengarah IPG KSM
Yang Dihormati Tuan Haji Mazlan Bin Talib.Ketua Jabatan Pendidikan Prasekolah
Ketua-ketua jabatan,pensyarah-pensyarah
Pn. Rosemini Binti Abdul Salam, Guru Prasekolah Tunas Madani,
Para Ibu bapa,Guru-guru pelatih,
murid-murid prasekolah yang diraikan,
seterusnya hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian.

Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara

Hari ini menanam jagung,
Dibawa ke Perlis bersama peria,
Hari ini kita berkampung,
Meraikan anak-anak penuh ceria

Selamat datang ke :

Majlis Konvokesyen Prasekolah Tunas Madani 2012
Saya Fatihah Zulkeffli dan Azhar Husin
akan mengacarakan majlis ini sehingga ke penghujungnya.Insyaallah.

Sarung ketupat berisi inti
Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri

Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurniaNya kita dapat bersama-sama berhimpun pada pagi yang mulia ini untuk meraikan Majlis Konvokesyen Prasekolah Tunas Madani.

Ucapan selamat datang dan ribuan terima kasih diucapkan kepada hadirin sekalian kerana sudi menghadirkan diri ke majlis ini terutamanya kepada Yang Berbahagia Encik Kamarudin Bin Hashim kerana sudi meluangkan masa untuk menghadirkan diri ke majlis ini. Ucapan terima kasih juga kepada semua ibu bapa yang sudi menghadirkan diri untuk memberi sokongan kepada anak-anak. Semoga usaha kita diberkati Allah.

Hadirin yang dimuliakan,
Bagi menambah keberkatan Majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Saudara Mohd Farhan Bin Mat Zulkri. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.


*********** (Doa)


Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas bacaan doa itu sebentar tadi.

Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Tangan ditadah penuh inayah,
Majlis dibuka penuh rahmatNya,
Mohon keberkatan serta hidayah,
Moga tercerna minda kelas pertama.

Seterusnya,marilah bersama-sama kita saksikan tayangan video aktiviti murid-murid prasekolah Tunas Madani sepanjang tahun 2012.

************************(tayangan)

Demikianlah tadi ringkasan aktiviti murid-murid Prasekolah Tunas Madani sepanjang tahun 2012. Untuk pengetahuan hadirin sekalian,anak-anak tunas madani telah menerima pendidikan seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Negara amnya dan Kurikulum Prasekolah khususnya.

Majlis diteruskan dengan menjemput wakil murid  Prasekolah Tunas Madani, Adik Hirzul Amani As Syathiby Bin Muhammad Pakruddin untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.

************(Ucapan)

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Adik Hirzul Amani As Syathiby Bin Muhammad Pakruddin atas ucapan itu tadi.

Majlis diteruskan dengan menjemput Yang Dihormati Tuan Haji Mazlan Bin Talib,Ketua Jabatan Pendidikan Prasekolah untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

************(Ucapan .)

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Dihormati, Tuan Haji Mazlan Bin Talib atas ucapan tersebut.
Majlis mempersilakan pula Yang Berbahagia Encik Kamarudin Bin Hashim,Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan untuk menyampaikan ucapan sekaligus merasmikan Majlis Konvokesyen Prasekolah Tunas Madani 2012. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

************(Ucapan )

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Encik Kamarudin  Bin Hashim , atas ucapan dan perasmian majlis itu tadi.

Hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian,
Ucapan sudah, perasmian pun sudah,sekarang tibalah masanya untuk majlis penyampaian sijil dan cenderamata bagi fasa 1. Majlis dengan segalanya sukacitanya menjemput Yang Berbahagia Encik Kamarudin Bin Hashim dan diiringi Yang Dihormati Tuan Haji Mazlan untuk penyampaian sijil dan cenderamata.

*************** ( nama di lampiran )

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yg Berbahagia Encik Kamarudin Bin Hashim atas penyampaian sijil dan cenderamata untuk fasa 1 itu tadi.
Tuan-tuan dan Puan-puan,
Kita teruskan lagi acara kita pada pagi ini, marilah bersama-sama kita menyaksikan persembahan dari guru pelatih 3 PPISMP Prasekolah  yang bertajuk “Kitaran Hidup Rama-Rama”. Dipersilakan.


************(Persembahan).


Terima kasih kepada guru pelatih 3PPISMP  Prasekolah atas persembahan yang menarik sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati,
Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha gigih yg berterusan. Usaha yang tidak mengenal erti jemu pasti membuahkan kejayaan dan kecemerlangan. Oleh itu, murid-murid yang berjaya sepatutnya diberi penghargaan. Semoga ini akan menjadi pencetus semangat untuk terus berjaya dalam mengejar ilmu dan cita-cita.
Seterusnya penyampaian sijil dan hadiah kepada Murid-murid Prasekolah bagi fasa 2.Dengan ini dipersilakan Yg Berbahagia Encik Kamarudin Bin Hashim diiringi Yang Berusaha Puan Hajah Sakinah Binti Ismail, bagi menyampaikan sijil dan cenderamata kepada Murid Prasekolah Tunas Madani . Dengan segala hormatnya dipersilakan….


************(nama di lampiran)

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yg Berbahagia Encik Kamarudin Bin Hashim atas penyampaian sijil dan cenderamata sebentar tadi.
Warga dewan sekalian,
Bagi meneruskan aturcara pada pagi ini, kita disajikan pula dengan persembahan  oleh guru pelatih dari  4PISMP  Prasekolah yang akan membuat persembahan tarian yang bertajuk “ Gummy Bear” Dipersilakan…
Terima kasih diucapkan kepada guru pelatih 4PISMP Prasekolah atas persembahan itu tadi..

Dari kedah ke bandar Perlis,
Singgah bersantai di tepi jeti,
Persembahan menyusul meriah majlis,
Semoga hadirin terhibur di hati.

Untuk meneruskan majlis , marilah kita sama-sama menyaksikan persembahan Tarian Etnik oleh pelajar cilik Prasekolah Tunas Madani.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Terima kasih kepada pelajar cilik Prasekolah Tunas Madani atas persembahan yang menghiburkan sebentar tadi.


**********************************************************************

Seterusnya,kita beralih pula kepada Anugerah Tokoh Murid Prasekolah Tunas Madani 2012.
Pemilihan Anugerah Tokoh Murid Prasekolah adalah berdasarkan pencapaian akademik yg cemerlang, sahsiah yang terpuji,hubungan baik antara rakan dan guru, mempunyai ciri2 kepimpinan yg baik dan mempunyai rekod kehadiran yang baik.
Anak kedua daripada 3 beradik ini merupakan anak kepada seorang guru. Bercita-cita menjadi doktor. Merupakan harapan ayah dan ibunya bagi membimbing adik-adiknya supaya menjadi anak yang berguna kepada agama bangsa dan negara. Meskipun baru berusia enam tahun,tokoh ini sudah mampu berdikari dan menunjukkan ciri-ciri kepimpinan. Tokoh ini juga mempunyai kemahiran inter dan intrapersonal yang jarang dimiliki rakan-rakan seusianya.
Dengan ini dipersilakan Yg Berbahagia Encik Kamarudin Bin Hashim diiringi Yang Dihormati Tuan Haji Mazlan Bin Talib, bagi menyampaikan Anugerah Tokoh  Murid Prasekolah Tunas Madani .
 Dengan segala hormatnya dipersilakan….

*********************************

 Bagi tidak melengahkan masa lagi,diumumkan Anugerah Tokoh Murid Prasekolah Tunas Madani 2012. Anugerah Tokoh Murid Prasekolah Tunas Madani 2012 disandang oleh Adik Hirzul Amani As Syathiby Bin Muhammad Pakruddin. Dipersilakan Adik Hirzul Amani tampil ke pentas untuk menerima cenderahati daripada pihak sekolah.
Tahniah diucapkan kepada Adik Hirzul Amani atas anugerah yang diperolehnya.
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yg Berbahagia Encik Kamarudin Bin Hashim atas penyampaian Anugerah Tokoh Murid Prasekolah Tunas Madani 2012 itu tadi.

Sesungguhnya,terlalu banyak kejayaan dan pencapaian cemerlang ditempa oleh Prasekolah Tunas Madani sejak penubuhannya sehingga kini. Insan yang banyak menabur bakti di Prasekolah Tunas Madani kini telah memulakan tugas di tempat baru. Sepanjang 14 tahun perkhidmatan beliau di sini, beliau telah banyak menyumbang jasa dan tenaga dalam mendidik murid-murid Prasekolah Tunas Madani tanpa mengenal erti jemu dan penat lelah. Beliau yang dimaksudkan ialah Puan Hajah Wan Kamsiah Binti Wan Ahmad. Dipersilakan Puan Hajah Wan Kamsiah Binti Wan Ahmad untuk menerima cenderahati dari Prasekolah Tunas Madani.

Tahniah diucapkan. Kami mendoakan agar Puan Hajah Wan Kamsiah Binti Wan Ahmad terus berjaya dengan cemerlang dan tidak terlambat bagi pihak kami mengucapkan selamat bertugas di tempat baru.



Pihak majlis seterusnya berbesar hati untuk memberikan sedikit tanda kenangan sebagai penghargaan dan tanda ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia, Encik Kamarudin Bin Hashim kerana telah sudi hadir dan menyerikan ‘Majlis konvokesyen Prasekolah Tunas Madani 2012’. Dijemput Yang Berusaha Tuan Haji Mazlan Bin Talib,untuk menyampaikan hadiah. Dipersilakan.


Hadirin yang dihormati sekalian,
Kini tibalah sesi tautan kasih sebagai simbolik tamatnya sesi pengajian murid-murid prasekolah di Tunas madani...Dipersilakan adik adik bertemu dengan ibu bapa mereka sekalian .........

************(nama ikot lampiran)

Dengan berakhirnya sesi tautan kasih itu tadi kami bagi pihak IPG mendoakan agar adik-adik akan terus berusaha untuk memperoleh kejayaan dan kecemerlangan pada masa hadapan. Selamat melangkah ke Tahun Satu.

Majlis akan diteruskan lagi dengan nyanyian lagu Prasekolah Tunas Madani, Lagu Selamat Sultan dan Lagu Negaraku. Hadirin dan hadirat diminta berdiri.

******* ( nyanyian )

Terima kasih diucapkan
Bersyukur kini kami panjatkan,
Majlis anugerah telah disempurnakan,
Sekalung penghargaan kami hulurkan,
Segulung tahniah kami ucapkan.

Dengan berakhirnya acara itu tadi, maka tibalah masanya untuk kami selaku pengendali majlis untuk mengundurkan diri. Pihak majlis juga menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata, terlampau cara sepanjang  majlis ini berlangsung.


Majlis berakhir penuh syafaat
Menjadi ingatan sepanjang zaman
Amalan sepakat membawa berkat
Hidup beramal bertunjang iman.

Kalau ada jarum yang patah
Banyak kain tidak berjahit
Kalau ada silap dan salah
Jangan jadikan kenangan pahit

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan kekurangan itu wujudnya daripada kelemahan kami sebagai makhluk Allah bernama insan.
Sekian wabillahi taufik..................
Majlis mengumumkan perarakan keluar Encik Kamarudin Bin Hashim,Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan,keluar dewan.
Majlis bersurai...

*Ibu bapa dijemput ke atas pentas untuk sesi bergambar bersama anak-anak*
*Ibu bapa dijemput ke belakang dewan untuk menikmati sedikit jamuan*

Sunday, October 28, 2012

Final Exam Sem IV 2012

assalammualaikum..
esok bermulalah final exam yang dinanti2kan..
harap semuanya berjalan lancar dan dapat buat sehabis baik..
esok mula dgn paper pedagogi dan kurikulum dalam pendidikan jasmani.
ni paper elektif..lepas tu ade lagi 4 paper nak kena struggle and balik umah after that..
nak suka sgt pun x leh sbb kena tgu hbis dlu baru la leh bergumbira..
thanks to my family yg gimme support..
to my sayang friends and YOU  yg sentiasa membebel suruh study.
insyaallah,no more repeat paper after this <3 nbsp="nbsp" p="p">
thanks to all :)

going to study .
TaTa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...