Sunday, May 11, 2014

Kesan Bawang Putih Kat Muka

December 2013

Setelah ada masa, ni baru berpeluang uploap pic kesan kena bawang putih.
Hehehe.. 1st day nampak cerah sikit n 2nd day nampak gelap tapi tu semua effect cahaya camera takde kena mengena dengan bawang putih @ garlic.

2nd day nampak merah sbb aku dah koyakkan / siatkan kulit melepuh  dengan cotton buds.  buat dengan teliti ye ! pedih sikit tapi redoooooo  je lah.
( siatkan tu cam ayat menakotkan je ! haha )

March 2014
Taraaaaaaaaaaaaaaa...
Setelah beberapa bulan,muka aku pun kembali seperti sedia kala walaupun ada lagi jerawat tapi aku takkan guna lagi bawang putih..hehe


untuk hilangkan parut tu,aku gunakan safi yang penutup warna hijau. ada aloe vera katanyaaaaaa.. masa kulit dah kering dari melepuh n pulih dari luka, aku dah berani sapu krim kecantikan safi aloe vera tu. nak g kuliah pun pakai benda tu.memang pakai benda tu je lah. Alhamdulillah,parut melepuh n melecur dah hilang. thanks god :)

Saturday, December 7, 2013

Jerawat dapat di atasi dengan bawang putih ??? Tidakkkkkkkkkk !!!!!

Hai. Jerawat memang tak dapat dipisahkan dengan golongan remaja. Tapi tak semua orang mengalami masalah jerawat yang teruk kan ? Bagi aku, aku mengalami kulit bermasalah jerawat tapi takde lah macam setengah orang yang penuh satu muka. Alhamdulillah, aku tak lah tahap kronik. Sebagai mana yang kita tahu, terlalu banyak produk yang ada di pasaran sekarang ni untuk mengatasi masalah jerawat. Aku pun sampai tak tahu nak cuba produk yang mana satu sebab muka aku ni ikut musim, kadang-kadang naik jerawat, kadang-kadang tak.

Semalam aku google tentang menghilangkan jerawat dengan kaedah tradisional. Memang banyak cara untuk menanganinya tapi keberkesanan aku tak sure lah kan. Baca punya baca, aku tertarik dengan cara menggunakan bawang putih. Bukan apa, senang kan nak dapat, duduk kat rumah pulak. Aku pun ambil 2 ulas bawang putih. Tumbuk bagi halus lepas tu aku tempek la kat jerawat yang baru naik. Memang pedih gila sampai keluar air mata aku.

Lepas setengah jam, aku tengok muka aku melepuh ! Koyak hati aku tengok muka aku jadi macam tu. Dalam hati aku dah sumpah seranah gila kat media sosial yang aku baca tu. Dorang bagi info tu tanpa bagitahu kesan yang bakal terjadi !! Melepuh gila-gila sampai macam terkena minyak panas. Gilaaaaaaaaa.. Rasa nak nangis. Memang lebih teruk dari sebelum ni. Kalau aku tau, baik aku biar je muka aku naik jerawat dari cam ni. Nasib lah sekarang cuti semester. Kalau tak memang malu tau. Aku ingat aku salah cara tapi bila aku google, rupa-rupanya ramai jugak yang jadi macam aku. Dorang pun menyesal percaya kat google yang tak tentu kesahihannya.

Rabak hati aku tengok muka sendiri. Aku pun google macam mana nak settlekan  problem melepuh or melecur ni. Kali ni aku tengok blog n web yang ada pic untuk aku percaya. Dorang suggest untuk letakkan lendir lidah buaya or aloe vera. Kalau takde, boleh letak madu asli. Aku letak aloe vera. Harap dapat la baik muka aku ni. Berdasarkan apa yang aku baca, benda alah ni mungkin memakan masa seminggu untuk baik. Aku nak upload pic aku sendiri kat sini pun malu gila-gila. Harap korang tak payah la cuba bawang putih.
Mak aku cakap, bawang putih panas dan menyebabkan benda alah ni. Memang lepas ni aku takkan mudah2 nak percaya.

Rasa nak nangis......huwarghhh..Nak baikkkkk..
Aku harap cepatlah sembuh. :(

Wednesday, December 4, 2013

Teks Ucapan Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah

 '' Hai,teringat pulak masa kat SKSP dulu,
pernah dapat peluang jadi Mc..
ni teks yang dibuat tp ada refer kat blog sape ntah.lupa..
Tapi tak guna teks ni pun,cikgu sekolah tu dah siapkan n dia bagitau pagi tu..takpelah,tak salah kalau buat.huhu..''
PERHATIAN .MINTA KERJASAMA WARGA DEWAN UNTUK BERTENANG KERANA MAJLIS AKAN BERMULA SEBENTAR SAHAJA LAGI. TERIMA KASIH.

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM…ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA…

YG BERUSAHA TN HAJI MOHMAD NASIR BIN ISMAIL,GURU BESAR SK SUNGAI PETAI 

YANG DIHORMATI PN ZAWIAH BINTI HUSAIN 
PENOLONG KANAN AKADEMIK

EN NIK ADEEB SANUSI BIN JUSOH, PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID,

EN.TAMLIKHA BIN CHE NIK, PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM..

RAKAN-RAKAN GURU ,KAKITANGAN SK SUNGAI PETAI DAN PARA MURID YG DIKASIHI SEKALIAN…

ALHAMDULILLAH. BERSYUKUR KITA KE HADRAT ILAHI,KERANA DI PAGI YG BERBAHAGIA DAN CERIA INI KITA DAPAT BERSAMA-SAMA KITA BERKUMPUL BAGI MEMERIAHKAN PROGRAM SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN JUGA HARI MALAYSIA PERINGKAT SEKOLAH.

BEGITU PANTAS DETIK MASA BERLALU,KINI KITA TELAH MENYAMBUT KEMERDEKAAN MALAYSIA YANG KE 56 KALI DENGAN PENUH KEDAMAIAN.INI JELAS MEMBUKTIKAN BETAPA BERUNTUNGNYA KITA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA,HIDUP DI BUMI BERTUAH INI.

-BACAAN DOA

HADIRIN YANG DIHORMATI,

BAGI MEMBERKATI MAJLIS PADA PAGI INI,,DIPERSILAKAN ______________________UNTUK MENGETUAI BACAAN DOA. DIPERSILAKAN 
AMIN.AMIN YA RAHBAL ALAMIN.

MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA _______________________ ATAS BACAAN DOA ITU TADI.
BUNGA MAWAR CANTIK TERSEMAT
DIPETIK GADIS DI TEPI TITI
DOA DIBACA MEMOHON RAHMAT
MOGA MAJLIS SENTIASA DIBERKATI

TANGAN DITADAH PENUH INAYAH,
MAJLIS DIBUKA PENUH RAHMATNYA,
MOHON KEBERKATAN SERTA HIDAYAH,
MOGA TERCERNA MINDA KELAS PERTAMA.

- NYANYIAN

SETERUSNYA,MAJLIS MENJEMPUT PARA GURU DAN MURID  BERDIRI DAN BERSAMA-SAMA MENYANYIKAN LAGU KEBANGSAAN,
-LAGU NEGARAKU
-SELAMAT SULTAN
-LAGU SEKOLAH

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA ATAS NYANYIAN ITU TADI.
PARA HADIRIN SEKALIAN,
MAJLIS DITERUSKAN LAGI DENGAN NYANYIAN 2 BUAH LAGU PATRIOTIK .JUSTERU ITU,BAGI MENZAHIRKAN RASA BANGGA MENJADI WARGANEGARA MALAYSIA,MARILAH SAMA-SAMA DENGAN PENUH SEMANGAT MENYANYIKAN LAGU :

-1 MALAYSIA
-JALUR GEMILANG

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA ATAS NYANYIAN LAGU PATRIOTIK SEBENTAR TADI.KITA SEBENARNYA TERHUTANG BUDI KEPADA TOKOH-TOKOH KEMERDEKAAN YG TELAH MENEMPUH PAHIT GETIR UNTUK MEMBEBASKAN NEGARA DARIPADA BELENGGU PENJAJAH.KEMERDEKAAN YG DIKECAPI MESTI DIPELIHARA DAN DIPERTAHANKAN.

UCAPAN GB

PARA GURU DAN MURID SEKALIAN…
BAGI MENERUSKAN MAJLIS SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA PADA PG INI, DENGAN SUKACITANYA DIJEMPUT YANG BERUSAHA, TN HAJI MOHMAD NASIR BIN ISMAIL,GURU BESAR SK SUNGAI PETAI KE PENTAS UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN.DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN…
-LAUNGAN KEMERDEKAAN
-KIBARAN JALUR GEMILANG
-PERTANDINGAN BASIKAL BERHIAS

MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH ATAS UCAPAN GURU BESAR SEBENTAR.
SIDANG HADIRIN SEKALIAN,

BAGI MENYEMPURNAKAN UPACARA INI, MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN YG _________________________________________
UNTUK MENYAMPAIKAN HADIAH KEPADA PEMENANG PERTANDINGAN YANG TELAH BERLANGSUNG.MAJLIS MEMPERSILAKAN
-MEWARNA BAGI TAHAP SATU
-MELUKIS POSTER BAGI TAHAP DUA
-PERTANDINGAN PAKAIAN 1 MALAYSIA
-PERTANDINGAN NYANYIAN LAGU PATRIOTIK

PERSEMBAHAN

SAYANG TEBU PATAH SEBATANG
DITEBANG IA DIBUAT GULA
SAAT YG DINANTI TELAHPUN DATANG
PERSEMBAHAN MURID-MURID BERMULA.

PENYAMPAIAN HADIAH 
PARA GURU DAN MURID SEKALIAN, KINI TIBALAH KE ACARA YANG SETERUSNYA IAITU ACARA PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA PEMENANG-PEMENANG PERTANDINGAN YANG TELAH DILANGSUNGKAN SEBENTAR TADI .

PENUTUP
DENGAN BERAKHIRNYA ACARA ITU TADI, MAKA TIBALAH MASANYA UNTUK KAMI SELAKU PENGENDALI MAJLIS UNTUK MENGUNDURKAN DIRI. PIHAK MAJLIS JUGA MENYUSUN SEPULUH JARI MEMOHON AMPUN DAN MAAF SEKIRANYA ADA TERLANJUR KATA, TERLAMPAU CARA SEPANJANG  MAJLIS INI BERLANGSUNG.

MAJLIS BERAKHIR PENUH SYAFAAT
MENJADI INGATAN SEPANJANG ZAMAN
AMALAN SEPAKAT MEMBAWA BERKAT
HIDUP BERAMAL BERTUNJANG IMAN.

KALAU ADA JARUM YANG PATAH
BANYAK KAIN TIDAK BERJAHIT
KALAU ADA SILAP DAN SALAH
JANGAN JADIKAN KENANGAN PAHIT

SESUNGGUHNYA YANG BAIK ITU DATANGNYA DARI ALLAH S.W.T DAN KEKURANGAN ITU WUJUDNYA DARIPADA KELEMAHAN KAMI SEBAGAI MAKHLUK ALLAH BERNAMA INSAN.
SEKIAN WABILLAHI TAUFIK..................

Friday, September 20, 2013

TQ Sekolah Kebangsaan Sungai Petai,Pasir Puteh ♥♥♥

Assalammualaikum..

Hari ni hari terakhir berpraktikum di SK Sungai Petai,Pasir Puteh,Kelantan.
Bercampur-baur rasa hati ni. Aku rasa lebih kepada perasaan sedih.MESTILAH ! Kalau tak,takkan lah aku hujan kan. Sayu tengok muka bebudak pra ni. Muka innocent. Penuh dengan keceriaan dekat muka. Terima kasih sayang-sayang cikgu. Cikgu sayang sangat awak semua. Cikgu marah sebab cikgu sayang. 

Tq Cikgu Dah, Tq Kak Dah.
Tq sayang-sayang yang menyanyi lagu
Terima Kasih Cikgu sempena Jamuan Perpisahan.
*sebak dah masa ni*

Bookmark n nasihat cikgu untuk sayang-sayang cikgu :)

You are my sunshine

Terima kasih cikgu-cikgu yang bagi hadiah. Nurul tak kisah pun yang penting pengalaman yang Nurul dapat masa kat situ. Banyak benda yang Nurul belajar. Anak-anak murid cikgu,thanks for the gifts,cikgu tak kisah pun dengan hadiah semua tu,yang penting awak semua rajin belajar,ingat jasa mak ayah dan guru-guru :)

Okay sayangs,our last picture :) tunjuk pulak hadiah botol air cikgu bagi..love u all.


Tq warga Prasekolah Jannatul Adnin,
Tq warga Prasekolah Jannatul Naim,
Tq warga SKSP,
Tq for pengalaman yang tak ternilai,
Tq for everythings.

Till we meet again




Thursday, August 22, 2013

Karnival Tunas Prasekolah PPD Pasir Puteh (Futsal)

Assalammualaikum ;)

straight to the point,semalam pergi mengiringi bebudak prasekolah sk sungai petai ke sk tualang tinggi untuk karnival prasekolah untuk acara futsal dan bijak BM.so excited la sbb dapat ilmu baru kan :)

selain dpt ilmu baru,terhibur jugak la tgk telatah bebudak dari pelbagai sekolah yg dtg.banyak lg event yg ada..bola jaring pun ada,bijak BI,menyanyi dan ada lagi kot yg tak diketahui aku.btw,aku jaga utk futsal sahaja.futsal ? sure la bebudak laki..7 orang yang pergi.agak hero la budak ni semua.takdak sora nak pekit jaga hangpa semua tau dak ? tp ape2 pun .. tahniah my kids :) dapat tempat kedua..dan penyertaan ini mengikut zon ye.sk sungai petai dalam zon2.zon satu plak telah merangkul gelaran juara dan secara automatik layak ke peringkat daerah pada 19-20 September nti kat Kuala Krai..



TEAM FUTSAL PRASEKOLAH SK SUNGAI PETAI
Berdiri dari kiri : WAN MOHD ALIFF, ZUBIR BASARI, NIK MOHD HAFIZ, MOHD AZMI
Duduk dari kiri : IZZAT FARHAN, NAIM, HIDAYATULLAH.

-THE RED WARRIOR KIDS-
(PANDAI SANGAT HANGPA POSING..HEHE)




Tunggu turn naik main.tak sabar-sabar nak main..
''cikgu,lambak lagi ko nok maing?..''
''beta lagi laa..saba dehh..''




Kat kelas suka sangat dok main,dok menyakat kawan.ni cikgu bagi main puas..guling la nak guling kat situ.
                             


     
Telatah bebudak ni cute sangat.geram tengok.




IZZAT FARHAN : 6 TAHUN
senyum tak nampak gigi sebab rongak. (hehe)
walaupun kecik tapi hebat ni..dua goal dia sumbat..



NIK MOHD HAFIZ : 6 TAHUN
muka kepenatan lepas main dua game berturut-turut.
hebat jugak ni..pandai kawal n gelecek bola.dapat bagi 2 goal jugak..
walaupun cikgu ni tak minat bola tapi cikgu tau
yang ni kalo digilap bakat,in sha allah la boleh ke hadapan :)




Berehat lepas game..cikgu dengar laa awak semua dok wat post mortem tentang permainan tadi.pandai betol budak2 ni..semangat cam ni la kita ni.baju pun dah TRW.kena la kuat..ye dakk ?





FINALLY ,YOU ALL DESERVED IT !
-walaupun tempat kedua tapi cikgu bangga dengan pencapaian ni..hidup THE RED WARRIOR katakan-
ye2 je dorang posing tgk hadiah tu :)


*rasanya sampai sini la dulu untuk event ni..banyak yang dapat diambil sepanjang terlibat dalam aktiviti ni..semua ni akan jadi pengalaman paling indah untuk diri ni - Cikgu Nurul

salam :)

Saturday, April 20, 2013

Oh Cikgu !

assalammualaikum..
praktikum fasa satu dah nak habis..
sibuknya aku sampai dah masuk minggu ke 4 baru nak update kan..
banyakkk sangat benda yg nak diupdate tp bz kan..
seronok dekat SK DALAM RU,pasir puteh..
bebudak pra gemilang pun terbaekk..
cukup rase la kata kan..
baek,nakal,comeii,,semua cukup.hehe

some of my sweethearts :)

ayreen,cikgu nurul,alissa and auni..

kualiti kureng skit pic ni..will upload another pics soon :)

Tuesday, March 26, 2013

dunia baru : praktikum fasa 1

tiba la masa yang selama ni aku dok tunggu-tunggu kan..
dah masuk tahun ke-4 aku kat maktab,akhirnya datang jugak praktikum..
fasa 1 start 31mac2013-25april2013..
semoga Allah permudahkan segalanya..
Sekolah Kebangsaan Dalam Rhu,Pasir Puteh,saye datangggg..

thanks kak is for cover buku rph ;)

Thursday, November 1, 2012

Exam 0h Exam !

Assalammualaikum..
Alhamdulillah,masih diberi kesempatan olehNya untuk terus bernafas.

Sekarang ni exam week.kalo dah exam week...memang semua ntah ke mana2 la dalam fikiran aku ni..
Tido plak x yah cakap la..tunggang terbalik timing tido..
Ho laa..kadang2 paper pagi..
Kadang2 paper ptg.its normal la kan..kehidupan siswa siswi ;)

teringat lagi ayah aku dok 'hingaq' kat adik aku..
- had ni spesis musang,siang tidoq..malam bjaga..apa nak jadi dengan budak zaman la ni -
0h ayah,ketahuilah bahawa anak perempuan tunggal ayah ni pun cam tu kat maktab ni..

Time exam tido 3pagi..adoii..ngantok gila tau..
Masa paper EDU 3105 ( Teknologi Dalam Pendidikan ) semalam,aku mmg ngantok dalam exam hall...
Keja dok menguap ja...Paper tu plak kul 8.30 pg...memey terbaekk la kan..
Boleh plak aku x leh tido sampai pagi..memang pesta menguap la aku kat dewan masa tu sampai ada budak tu dok tgk je aku menguap..
*maap la cik abg,aku ngantokk..hg apa taw.*

Ape2 pun,3 paper dah settle.tinggal 2 paper lagi.
Hopefully leh wat sebaik mungkin n no more sejarah lepas.

*i would like to thanks to
-my creator (gimme chance to sit exam )
-my family (gimme support )
-my roommate ( force me to study )
-my friends ( share spot questions )
-my heart ( nagging & force me to study )

till then,assalammualaikum




Tuesday, October 30, 2012

Teks Ucapan Konvokesyen Prasekolah Tunas Madani 2012



*sini saye nak sharekan teks yang dibaca masa konvo* 


TEKS PENGACARA MAJLIS KONVOKESYEN PRASEKOLAH TUNAS MADANI 2012

Mengumumkan ketibaan Encik Kamarudin Bin Hashim, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan.
Hadirin dan hadirat semua dijemput duduk.
BismilLahir Rahmanir Rahim . Assalamu `Alaikum W.B.T dan salam satu Malaysia.
Yang Berbahagia Encik Kamarudin  Bin Hashim. Pengarah IPG KSM
Yang Berusaha Puan Hajah Sakinah Binti Ismail,Timbalan Pengarah IPG KSM
Yang Dihormati Tuan Haji Mazlan Bin Talib.Ketua Jabatan Pendidikan Prasekolah
Ketua-ketua jabatan,pensyarah-pensyarah
Pn. Rosemini Binti Abdul Salam, Guru Prasekolah Tunas Madani,
Para Ibu bapa,Guru-guru pelatih,
murid-murid prasekolah yang diraikan,
seterusnya hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian.

Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara

Hari ini menanam jagung,
Dibawa ke Perlis bersama peria,
Hari ini kita berkampung,
Meraikan anak-anak penuh ceria

Selamat datang ke :

Majlis Konvokesyen Prasekolah Tunas Madani 2012
Saya Fatihah Zulkeffli dan Azhar Husin
akan mengacarakan majlis ini sehingga ke penghujungnya.Insyaallah.

Sarung ketupat berisi inti
Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri

Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurniaNya kita dapat bersama-sama berhimpun pada pagi yang mulia ini untuk meraikan Majlis Konvokesyen Prasekolah Tunas Madani.

Ucapan selamat datang dan ribuan terima kasih diucapkan kepada hadirin sekalian kerana sudi menghadirkan diri ke majlis ini terutamanya kepada Yang Berbahagia Encik Kamarudin Bin Hashim kerana sudi meluangkan masa untuk menghadirkan diri ke majlis ini. Ucapan terima kasih juga kepada semua ibu bapa yang sudi menghadirkan diri untuk memberi sokongan kepada anak-anak. Semoga usaha kita diberkati Allah.

Hadirin yang dimuliakan,
Bagi menambah keberkatan Majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Saudara Mohd Farhan Bin Mat Zulkri. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.


*********** (Doa)


Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas bacaan doa itu sebentar tadi.

Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Tangan ditadah penuh inayah,
Majlis dibuka penuh rahmatNya,
Mohon keberkatan serta hidayah,
Moga tercerna minda kelas pertama.

Seterusnya,marilah bersama-sama kita saksikan tayangan video aktiviti murid-murid prasekolah Tunas Madani sepanjang tahun 2012.

************************(tayangan)

Demikianlah tadi ringkasan aktiviti murid-murid Prasekolah Tunas Madani sepanjang tahun 2012. Untuk pengetahuan hadirin sekalian,anak-anak tunas madani telah menerima pendidikan seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Negara amnya dan Kurikulum Prasekolah khususnya.

Majlis diteruskan dengan menjemput wakil murid  Prasekolah Tunas Madani, Adik Hirzul Amani As Syathiby Bin Muhammad Pakruddin untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.

************(Ucapan)

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Adik Hirzul Amani As Syathiby Bin Muhammad Pakruddin atas ucapan itu tadi.

Majlis diteruskan dengan menjemput Yang Dihormati Tuan Haji Mazlan Bin Talib,Ketua Jabatan Pendidikan Prasekolah untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

************(Ucapan .)

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Dihormati, Tuan Haji Mazlan Bin Talib atas ucapan tersebut.
Majlis mempersilakan pula Yang Berbahagia Encik Kamarudin Bin Hashim,Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan untuk menyampaikan ucapan sekaligus merasmikan Majlis Konvokesyen Prasekolah Tunas Madani 2012. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

************(Ucapan )

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Encik Kamarudin  Bin Hashim , atas ucapan dan perasmian majlis itu tadi.

Hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian,
Ucapan sudah, perasmian pun sudah,sekarang tibalah masanya untuk majlis penyampaian sijil dan cenderamata bagi fasa 1. Majlis dengan segalanya sukacitanya menjemput Yang Berbahagia Encik Kamarudin Bin Hashim dan diiringi Yang Dihormati Tuan Haji Mazlan untuk penyampaian sijil dan cenderamata.

*************** ( nama di lampiran )

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yg Berbahagia Encik Kamarudin Bin Hashim atas penyampaian sijil dan cenderamata untuk fasa 1 itu tadi.
Tuan-tuan dan Puan-puan,
Kita teruskan lagi acara kita pada pagi ini, marilah bersama-sama kita menyaksikan persembahan dari guru pelatih 3 PPISMP Prasekolah  yang bertajuk “Kitaran Hidup Rama-Rama”. Dipersilakan.


************(Persembahan).


Terima kasih kepada guru pelatih 3PPISMP  Prasekolah atas persembahan yang menarik sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati,
Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha gigih yg berterusan. Usaha yang tidak mengenal erti jemu pasti membuahkan kejayaan dan kecemerlangan. Oleh itu, murid-murid yang berjaya sepatutnya diberi penghargaan. Semoga ini akan menjadi pencetus semangat untuk terus berjaya dalam mengejar ilmu dan cita-cita.
Seterusnya penyampaian sijil dan hadiah kepada Murid-murid Prasekolah bagi fasa 2.Dengan ini dipersilakan Yg Berbahagia Encik Kamarudin Bin Hashim diiringi Yang Berusaha Puan Hajah Sakinah Binti Ismail, bagi menyampaikan sijil dan cenderamata kepada Murid Prasekolah Tunas Madani . Dengan segala hormatnya dipersilakan….


************(nama di lampiran)

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yg Berbahagia Encik Kamarudin Bin Hashim atas penyampaian sijil dan cenderamata sebentar tadi.
Warga dewan sekalian,
Bagi meneruskan aturcara pada pagi ini, kita disajikan pula dengan persembahan  oleh guru pelatih dari  4PISMP  Prasekolah yang akan membuat persembahan tarian yang bertajuk “ Gummy Bear” Dipersilakan…
Terima kasih diucapkan kepada guru pelatih 4PISMP Prasekolah atas persembahan itu tadi..

Dari kedah ke bandar Perlis,
Singgah bersantai di tepi jeti,
Persembahan menyusul meriah majlis,
Semoga hadirin terhibur di hati.

Untuk meneruskan majlis , marilah kita sama-sama menyaksikan persembahan Tarian Etnik oleh pelajar cilik Prasekolah Tunas Madani.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Terima kasih kepada pelajar cilik Prasekolah Tunas Madani atas persembahan yang menghiburkan sebentar tadi.


**********************************************************************

Seterusnya,kita beralih pula kepada Anugerah Tokoh Murid Prasekolah Tunas Madani 2012.
Pemilihan Anugerah Tokoh Murid Prasekolah adalah berdasarkan pencapaian akademik yg cemerlang, sahsiah yang terpuji,hubungan baik antara rakan dan guru, mempunyai ciri2 kepimpinan yg baik dan mempunyai rekod kehadiran yang baik.
Anak kedua daripada 3 beradik ini merupakan anak kepada seorang guru. Bercita-cita menjadi doktor. Merupakan harapan ayah dan ibunya bagi membimbing adik-adiknya supaya menjadi anak yang berguna kepada agama bangsa dan negara. Meskipun baru berusia enam tahun,tokoh ini sudah mampu berdikari dan menunjukkan ciri-ciri kepimpinan. Tokoh ini juga mempunyai kemahiran inter dan intrapersonal yang jarang dimiliki rakan-rakan seusianya.
Dengan ini dipersilakan Yg Berbahagia Encik Kamarudin Bin Hashim diiringi Yang Dihormati Tuan Haji Mazlan Bin Talib, bagi menyampaikan Anugerah Tokoh  Murid Prasekolah Tunas Madani .
 Dengan segala hormatnya dipersilakan….

*********************************

 Bagi tidak melengahkan masa lagi,diumumkan Anugerah Tokoh Murid Prasekolah Tunas Madani 2012. Anugerah Tokoh Murid Prasekolah Tunas Madani 2012 disandang oleh Adik Hirzul Amani As Syathiby Bin Muhammad Pakruddin. Dipersilakan Adik Hirzul Amani tampil ke pentas untuk menerima cenderahati daripada pihak sekolah.
Tahniah diucapkan kepada Adik Hirzul Amani atas anugerah yang diperolehnya.
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yg Berbahagia Encik Kamarudin Bin Hashim atas penyampaian Anugerah Tokoh Murid Prasekolah Tunas Madani 2012 itu tadi.

Sesungguhnya,terlalu banyak kejayaan dan pencapaian cemerlang ditempa oleh Prasekolah Tunas Madani sejak penubuhannya sehingga kini. Insan yang banyak menabur bakti di Prasekolah Tunas Madani kini telah memulakan tugas di tempat baru. Sepanjang 14 tahun perkhidmatan beliau di sini, beliau telah banyak menyumbang jasa dan tenaga dalam mendidik murid-murid Prasekolah Tunas Madani tanpa mengenal erti jemu dan penat lelah. Beliau yang dimaksudkan ialah Puan Hajah Wan Kamsiah Binti Wan Ahmad. Dipersilakan Puan Hajah Wan Kamsiah Binti Wan Ahmad untuk menerima cenderahati dari Prasekolah Tunas Madani.

Tahniah diucapkan. Kami mendoakan agar Puan Hajah Wan Kamsiah Binti Wan Ahmad terus berjaya dengan cemerlang dan tidak terlambat bagi pihak kami mengucapkan selamat bertugas di tempat baru.



Pihak majlis seterusnya berbesar hati untuk memberikan sedikit tanda kenangan sebagai penghargaan dan tanda ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia, Encik Kamarudin Bin Hashim kerana telah sudi hadir dan menyerikan ‘Majlis konvokesyen Prasekolah Tunas Madani 2012’. Dijemput Yang Berusaha Tuan Haji Mazlan Bin Talib,untuk menyampaikan hadiah. Dipersilakan.


Hadirin yang dihormati sekalian,
Kini tibalah sesi tautan kasih sebagai simbolik tamatnya sesi pengajian murid-murid prasekolah di Tunas madani...Dipersilakan adik adik bertemu dengan ibu bapa mereka sekalian .........

************(nama ikot lampiran)

Dengan berakhirnya sesi tautan kasih itu tadi kami bagi pihak IPG mendoakan agar adik-adik akan terus berusaha untuk memperoleh kejayaan dan kecemerlangan pada masa hadapan. Selamat melangkah ke Tahun Satu.

Majlis akan diteruskan lagi dengan nyanyian lagu Prasekolah Tunas Madani, Lagu Selamat Sultan dan Lagu Negaraku. Hadirin dan hadirat diminta berdiri.

******* ( nyanyian )

Terima kasih diucapkan
Bersyukur kini kami panjatkan,
Majlis anugerah telah disempurnakan,
Sekalung penghargaan kami hulurkan,
Segulung tahniah kami ucapkan.

Dengan berakhirnya acara itu tadi, maka tibalah masanya untuk kami selaku pengendali majlis untuk mengundurkan diri. Pihak majlis juga menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata, terlampau cara sepanjang  majlis ini berlangsung.


Majlis berakhir penuh syafaat
Menjadi ingatan sepanjang zaman
Amalan sepakat membawa berkat
Hidup beramal bertunjang iman.

Kalau ada jarum yang patah
Banyak kain tidak berjahit
Kalau ada silap dan salah
Jangan jadikan kenangan pahit

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan kekurangan itu wujudnya daripada kelemahan kami sebagai makhluk Allah bernama insan.
Sekian wabillahi taufik..................
Majlis mengumumkan perarakan keluar Encik Kamarudin Bin Hashim,Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan,keluar dewan.
Majlis bersurai...

*Ibu bapa dijemput ke atas pentas untuk sesi bergambar bersama anak-anak*
*Ibu bapa dijemput ke belakang dewan untuk menikmati sedikit jamuan*

Sunday, October 28, 2012

Final Exam Sem IV 2012

assalammualaikum..
esok bermulalah final exam yang dinanti2kan..
harap semuanya berjalan lancar dan dapat buat sehabis baik..
esok mula dgn paper pedagogi dan kurikulum dalam pendidikan jasmani.
ni paper elektif..lepas tu ade lagi 4 paper nak kena struggle and balik umah after that..
nak suka sgt pun x leh sbb kena tgu hbis dlu baru la leh bergumbira..
thanks to my family yg gimme support..
to my sayang friends and YOU  yg sentiasa membebel suruh study.
insyaallah,no more repeat paper after this <3 nbsp="nbsp" p="p">
thanks to all :)

going to study .
TaTa

Thursday, August 2, 2012

Manisnya Iman

assalammualaikum..alhamdulillah,sekarang ni kita dah masuk fasa kedua ramadhan.semoga kita semua lebih bersemangat beribadah kepada-Nya.semalam masa tazkirah subuh,ustaz ada cakap 3 ciri-ciri orang yang mendapat kemanisan iman.pertama ialah orang yang kasihkan Allah SWT.maksudnya ialah mereka mengikut dan percayakan apa yang telah disuruh dan dilarang oleh-Nya.kadang-kadang golongan ni terasa cepat je bile beribadah.contohnya, mereka rasa cepat je waktu berbuka tanpa mengira setiap detik yang berlalu.selain itu,ustaz jugak cakap yang mereka beribadah tanpa mempertikaikan ape yang telah disuruh oleh Allah.adakah kita macam ni ? kedua ialah,mereka yang kasihkan Rasulullah SAW.kita ni umat Muhamad yang tak pernah tengok beliau tapi kita percayakan beliau.golongan yang kasihkan Muhamad akan mengikut sunnah dan amalan yang sentiasa dilakukan oleh beliau. macam tu la cara mereka menzahirkan rasa kasih terhadap Rasulullah :) Ketiga ialah kasihkan umat sesama Islam.bila solat,mereka akan sentiasa mendoakan kesejahteraan kepada umat Islam walaupun tak mengenali antara satu sama lain. aku harap aku dapat terus istiqamah dalam menunaikan keperluan sebagai hamba kepada-Nya.semoga aku pun dapat merasakan nikmat kemanisan iman ;)



gambar ni aku amek mase photoshoot dengan team KSM Snipers.cantik kan hamparan dunia yang dicipta...tapi dunia bukan tempat abadi untuk kita..sama-sama lah kita bersyukur dan menunaikan kewajipan kita untuk dijadikan bekalan ke sana nanti :)

selamat malam,assalammualaikum

Wednesday, July 4, 2012

Seharian Di Taman Rekreasi Kemaman

Assalammualaikum.

ok,ari ni tak rajin pun tapi terpaksa rajin untuk update pic.nanti lemau plak kan ? hehe
- I'm your teacher,Cikgu Nurul.So please respect me as your teacher.
- kami dan anak murid bawah jagaan kami.korang memang lasak laaaaa..
- sesi memenuhkan tangki masing-masing
- renungan si kecil
- take five sat nohh
- handle budak yg excited jumpe natangggggggg
rasenye ni saje la yg dapat diupload.x sempat amek lagi pic kat kawan2 yang lain.btw,g sane memang seronok tapi penat nak kawal bebudak pra ni.ape2 pun syukur sbb x jadi ape2 kemalangan kat sane:)

till then,salam

Sunday, May 20, 2012

rindu sarawak


Assalammualaikum , hai :)

hari ni dah 19 Mei 2012 . dah hampir 2bulan lebih TAZ tinggalkan bumi kenyalang.

rindunye nak g sane lagi.

kalo ade rezeki,insyaallah TAZ mintak posting kat sane :)

byk tempat best kat sane

meh tgk pic kat bawah

mase ni kat hutan semanggoh,tempat org utan

tia anak zul , orang utan , musfirah

nuar terkejut sbb org utan tu same name dgn die. haha .. nasib ko la nuar

kucing besaq punya !

berehat jap.penat bjalan.ni kat waterfront kuching

ni paling special edition..cantik x.hehehe..untuk berkenalan dgn model2 bkenaan,sila komen.haahaa

marik kita makai duluk . ni zaem . die la ketua lawatan ni

terubok masin . anda mau ?

pramugari air asia . apa kena mengena ? tandanya story dah hbis . nak fly da ni . tata

sgt seronok kat sarawak

THE END

Friday, May 18, 2012

: SELAMAT HARI GURU :

Hai.. masih belum terlewat untuk tia ucapkan selamat hari guru untuk semua guru di seluruh dunia.hehe semoga dapat menjalankan tugas dgn lebih bersemangat.. 2thun lg nak jadi cikgu.. good night cikgu nurul ...
*THE END*

Saturday, May 21, 2011

cerita saye dan bebudak pra

KEHIDUPAN SEBAGAI GURU PELATIH PENGAJIAN PRASEKOLAH :)


p/s : pic ni sesuai kan ? upin ipin kan prasekolah...hehe




: KAMI KANAK-KANAK PRA SEKOLAH TUNAS MADANI :



: aku dan anak jagaan aku .. cikgu fatihah dan HAIQAL :




: anak ker ??? cikgu patricia,FARHAN dan cikgu khafiz :



: DANISH dan cikgu nissa !!!! :




: kasih ibu dan anak ... cikgu raihan & IFFAH :




: cikgu dayah dengan anak jagaannye..... AKID :




: bagi cenderamata @ cenderahati :




: rombongan dari IPG Perlis .... :




: time untuk kami makan plak.. LAKSAM + AIR SIRAP ... Nyum3x... :





: mase ni kami tgh tgu pelatih dari maktab perlis dtg wat lawatan kat prasekolah IPG KSM .. nasib x bentang red carpet..hehe :





: aku dan rumate aku yang sengal :





: kanak2 prasekolah tunas madani ipg ksm dah nak makan tu...cepat bace doaaaa.... :





: arip .. azri .. khafiz .. ni je lah laki dalam unit kami .. idaman malaya tu ... :




: suka sgt la dgn puppet tu cikgu khapiz ni..cikgu nissa jadi pembantu :





: cikgu shikin sedang mengajar menggunakan BBM Puppet .. haha :




: TAMMAT :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...